Masih Tak Pandai Mengaji Al Quran Walaupun Dah Berusia?

mengaji al quran

Masih Tak Pandai Mengaji Al Quran? Anda Tidak Bersendirian

Ramai orang islam dewasa yang masih tak pandai mengaji Al Quran.. Adakah anda salah seorang daripadanya?

  1. Ada yang boleh membaca sikit-sikit tapi tidak lancar.
  2. Ada yang dah mengenal huruf tetapi sering tersangkut.
  3. Ada juga yang langsung tidak pernah belajar secara formal sejak kecil.

“Umur dah 50 tahun…

“Anak-anak semua dah besar…”

“Kawan-kawan dah khatam banyak kali…”

“Tapi saya masih tak pandai mengaji.”

Inilah luahan yang sering sering bermain difikiran kebanyakan orang yang masih tak pandai mengaji quran. 

 

 

Adakah Berdosa Jika Masih Belum Pandai Mengaji Al Quran?

Tidak berdosa jika anda masih belum pandai mengaji Al Quran, asalkan anda mempunyai niat dan usaha untuk belajar memperbaiki diri.

 

Belajar mengaji adalah satu proses, dan Allah SWT menilai usaha hamba-Nya

 

Allah tidak melihat siapa yang paling cepat belajar tetapi Allah melihat siapa yang bersungguh-sungguh mencari jalan mendekati-Nya.

 

Malah terdapat hadis yang menyebut bahawa orang yang membaca Al-Quran dengan susah payah juga mendapat ganjaran yang besar kerana kesungguhannya.

 

Jadi jangan jadikan umur sebagai alasan untuk berhenti belajar.

Penjelasan UAI Berkaitan Hukum Orang Tak Pandai Mengaji Al Quran

Cabaran Orang Dewasa Yang Ingin Belajar Al-Quran

1. Malu Dengan Orang Sekeliling

Ramai takut dipandang rendah apabila mengaku belum pandai mengaji.

Mereka risau dianggap tidak beragama atau tidak mengambil berat tentang Islam.

2. Sukar Mengingati Pelajaran Baru

Semakin meningkat usia, semakin banyak perkara yang perlu diuruskan. Tidak dapat fokus sepenuhnya pada membaca Al Quran.

Ini menyebabkan proses pembelajaran terasa lebih perlahan.

3. Tiada Masa Menghadiri Kelas Mengaji Al Quran

Komitmen kerja, keluarga dan urusan harian menyebabkan sukar untuk hadir ke kelas secara konsisten.

4. Tidak Tahu Dari Mana Hendak Bermula

  • Perlukah belajar huruf dahulu?
  • Perlu belajar tajwid?
  • Perlu belajar Bahasa Arab?

Ramai yang keliru dan akhirnya langsung tiada motivasi untuk bermula.

Berita Baik: Anda Boleh Bermula Dengan Memahami Bahasa Al Quran

Ramai menyangka satu-satunya cara memahami makna dan mendekati Al-Quran ialah dengan menjadi lancar membaca terlebih dahulu.

Ini tidak benar sama sekali. Hakikatnya, anda juga boleh mula memahami makna Al-Quran secara berperingkat walaupun anda tidak pandai mengaji 

 

Contohnya, kita membaca Surah Al-Fatihah setiap hari. Namun berapa ramai yang benar-benar memahami setiap perkataan di dalamnya?

Sedangkan banyak perkataan Al-Quran sebenarnya berulang-ulang.

Apabila seseorang memahami perkataan yang sering muncul, mereka akan mula memahami semakin banyak ayat Al-Quran.

 

Apabila seseorang mula memahami maksud ayat-ayat Al-Quran, InsyaAllah:

  1. Mereka lebih bersemangat belajar.
  2. Mereka lebih fokus ketika solat.
  3. Mereka lebih menghargai bacaan Al-Quran.
  4. Mereka lebih dekat dengan Allah.

Think Quran Bantu Anda Cepat Ingat Perkataan Al Quran

Think Quran - belajar mengaji Al-Quran

Think Quran: Bantu Anda Untuk Bermula Dengan Mudah

Think Quran dibangunkan untuk membantu orang ramai memahami bahasa Al-Quran dengan lebih mudah.

Antara kelebihannya:

✅ Tidak Perlu Asas Bahasa Arab

Sesuai untuk mereka yang bermula dari kosong.

✅ Hanya 15 Minit Sehari

Belajar sedikit demi sedikit mengikut kemampuan sendiri.

✅ Belajar Melalui Telefon

Boleh belajar di rumah, di pejabat atau ketika berehat.

✅ Teknologi Active Recall

Membantu mengingati makna perkataan dengan lebih cepat dan tahan lama.

✅ Fokus Pada Perkataan Yang Sering Berulang

Belajar perkara yang memberi impak paling besar terlebih dahulu.

✅ Sesuai Untuk Semua Peringkat Umur

Termasuk mereka yang berumur 40, 50, 60 tahun dan ke atas.

Tidak Pernah Terlambat Untuk Bermula

Ramai orang bukan Islam sanggup menghabiskan masa bertahun-tahun mengkaji Al-Quran untuk mencari kebenaran.

Jadi mengapa kita yang telah lama memiliki Al-Quran di rumah tidak memberi peluang kepada diri sendiri untuk memahaminya?

  • Tidak perlu tunggu sempurna.
  • Tidak perlu tunggu pandai mengaji sepenuhnya.
  • Tidak perlu tunggu ada banyak masa.

Mulakan dengan satu perkataan….

Kemudian satu lagi…

Dan satu lagi…

Lama-kelamaan, anda akan terkejut melihat sejauh mana perjalanan yang telah anda lalui.

Think Quran Bantu Anda Cepat Hafal Makna Ayat Al Quran

Kesimpulan

Jika anda masih belum pandai mengaji walaupun usia sudah meningkat, jangan berputus asa. Anda tidak keseorangan. Ribuan orang dewasa di Malaysia menghadapi cabaran yang sama. 

Yang penting bukan di mana anda bermula tetapi bila anda nak mulakan.

 

Dengan memahami perkataan-perkataan Al-Quran sedikit demi sedikit, anda sedang membuka jalan untuk lebih dekat dengan Allah dan lebih memahami mesej yang terkandung dalam kitab suci-Nya.

 

Mulakan hari ini. Hanya 15 minit sehari sudah cukup untuk membawa perubahan besar dalam hubungan anda dengan Al-Quran.

 

👉 Download Think Quran dan mulakan perjalanan memahami bahasa Al-Quran.

 

Upgrade ke pakej Pro untuk membantu anda lancar mengaji dan faham makna sehingga 80% Al Quran dengan lebih sistematik, mudah dan berkesan.

Similar Posts