Think Quran: Belajar Bahasa Arab AlQuran Dengan Mudah & Menyeronokkan
Think Quran ialah aplikasi pembelajaran yang membantu pengguna Belajar Bahasa Arab AlQuran secara lebih mudah, interaktif dan tersusun.
Ia sesuai untuk mereka yang mahu memahami makna Al-Quran tetapi tidak tahu mahu mula dari mana.
Dengan Think Quran, pembelajaran menjadi lebih mudah kerana pengguna boleh belajar sedikit demi sedikit melalui telefon.
- Tidak perlu susah menghafal
- Tidak perlu masa yang lama – hanya perlu peruntukkan masa 15min setiap hari
- Tidak perlu bawa buku tebal ke mana-mana.
InsyaAllah anda boleh faham sehingga 80% perkataan Al-Quran dalam masa 4-6 bulan sahaja.
Bukan seperti kelas fizikal (online atau bersemuka) anda boleh belajar menggunakan aplikasi Think Quran ini bila-bila masa dan di mana-mana saja.
Contohnya :
- Pagi sebelum mula kerja.
- Waktu rehat.
- Selepas atau sebelum solat.
- Sebelum tidur.
- Ketika dikedai makan sewaktu menunggu makanan sampai
Atau bila-bila masa yang anda lapang. Yang penting, ada usaha harian untuk mendekati Al-Quran.
Like dan follow youtube iThinkQuran
Kenapa Perlu Belajar Bahasa Arab Al Quran?
Mempelajari bahasa Arab al-Quran adalah kunci utama untuk memahami mesej, maksud, dan keindahan firman Allah secara langsung. Ia juga sangat penting kerana Al Quran adalah panduan hidup yang diturunkan oleh Allah SWT. Tanpa memahaminya, kita hanya membaca tanpa mengetahui mesej, larangan, atau perintah yang disampaikan kepada kita.
Sebab utama kita perlu memahami maksudnya termasuklah:
1) Menghayati Mesej Allah:
Al-Quran umpama surat cinta dan dialog daripada Pencipta. Memahaminya membuatkan kita berasa dekat dan lebih khusyuk dalam solat serta ibadah.
2) Menjadikan Ia Panduan Sebenar:
Al Quran mengandungi penyelesaian dan peraturan untuk semua aspek kehidupan—keluarga, perniagaan, akhlak, dan masyarakat.
3)Sumber Ketenangan & Motivasi:
Memahami kisah-kisah nabi dan janji-janji Allah memberikan kekuatan mental untuk menghadapi cabaran hidup.
4)Membezakan Hak dan Batil:
Ilmu al-Quran membolehkan kita beramal dengan betul dan mengelakkan kesilapan.
Firman Allah...
"Dan demi sesungguhnya! Kami telah mudahkan Al Quran untuk menjadi peringatan dan pengajaran, maka adakah sesiapa yang mahu mengambil peringatan dan pelajaran (daripadanya)?"
Surah Al-Qamar (17)
Allah SWT telah memudahkan ayat-ayat Al-Quran untuk dibaca, difahami, dan dijadikan panduan hidup bagi sesiapa sahaja yang bersungguh-sungguh mahu mempelajarinya.
Jadi rebutlah peluang ini untuk bermula.
Kelebihan Belajar Bahasa Arab AlQuran Dengan Aplikasi Think Quran
1. Sesuai Untuk Pemula
- Think Quran sesuai untuk mereka yang tiada asas Bahasa Arab.
- Pembelajaran disusun supaya pengguna boleh mula dari asas dan bergerak secara berperingkat.
- Ini menjadikan proses belajar tidak terasa terlalu berat.
2. Belajar Bahasa Arab AlQuran Secara Interaktif
- Belajar melalui aplikasi menjadikan proses lebih menarik.
- Ada elemen kuiz, ulang kaji dan latihan yang membantu pengguna mengingat perkataan.
Bila belajar secara interaktif, kita tidak hanya membaca secara pasif. Kita aktif menjawab, mengingat dan mengulang.
3. Membantu Menguatkan Ingatan
Salah satu cabaran terbesar dalam belajar bahasa Arab Al-Quran ialah cepat lupa.
Dengan latihan berulang, pengguna dapat mengukuhkan semula makna perkataan yang telah dipelajari.
Ini membantu proses mengingat menjadi lebih konsisten.
4. Hanya 15 Minit Sehari
Untuk orang sibuk, Think Quran sesuai kerana
- Pembelajaran boleh dilakukan secara ringkas.
- Tidak perlu tunggu masa yang panjang.
- Cukup mula dengan 15 minit sehari.
- Yang penting ialah konsisten.
5. Sesuai Untuk Semua Peringkat Umur
Think Quran boleh digunakan oleh pelbagai golongan.
- Pelajar
- Ibu bapa.
- Anak kecil
- Warga emas.
- Mualaf.
- Mereka yang sibuk bekerja.
- Mereka yang mahu belajar bersama keluarga.
Asalkan ada keinginan untuk memahami Al-Quran, perjalanan ini boleh dimulakan.
Jenis Fasa Pembelajaran Think Quran Yang Boleh Anda Pilih
Think Quran memberikan anda peluang mencuba dan belajar Bahasa Arab AlQuran secara percuma untuk 100 perkataan pertama.
Tetapi sekiranya anda mahu belajar tanpa had dan halangan iklan, anda boleh terus beli pakej penuh.
Dalam Think Quran, terdapat 2jenis pakej pembelajaran yang boleh dipilih mengikut keperluan dan tahap keseriusan anda untuk memahami Al-Quran.Setiap pakej mempunyai fokus pembelajaran yang berbeza.
Secara mudahnya, dua komponen utama dalam pembelajaran Think Quran ialah Word Quest dan Surah Quest.
Apa Itu Word Quest?
Word Quest ialah modul pembelajaran peringkat awal yang membantu pengguna belajar makna perkataan demi perkataan dalam Al-Quran.
Fokus utama Word Quest ialah membantu anda mengenal dan mengingati perkataan-perkataan Al-Quran yang sering berulang.Ini sangat penting kerana banyak perkataan dalam Al-Quran muncul berulang kali dalam pelbagai ayat dan surah. Apabila anda mula mengenal makna perkataan ini, anda akan lebih mudah menangkap maksud asas ayat yang dibaca.
Contohnya, apabila anda belajar perkataan seperti:
قُلْ Qul — Katakanlah
بِسۡمِ Bismi — Dengan Nama
مَـٰلِكِ Maliki — Raja/Pemilik
شَىۡءٍ Syaiin – Sesuatu
Lama-kelamaan, apabila perkataan yang sama muncul dalam bacaan Al-Quran, anda tidak lagi rasa asing.
Anda mula kenal.
Anda mula ingat.
Anda mula faham sedikit demi sedikit.
Word Quest sangat sesuai untuk mereka yang baru mahu mula belajar bahasa Arab Al-Quran kerana ia tidak terus membebankan pengguna dengan ayat yang panjang atau teori bahasa Arab yang terlalu berat.
Sebaliknya, anda dibimbing untuk memahami Al-Quran daripada asas yang paling penting — iaitu makna perkataan.
Apa Itu Surah Quest?
Surah Quest pula ialah modul pembelajaran peringkat lanjutan yang memberi fokus kepada makna lengkap surah-surah pilihan yang sering dibaca oleh umat Islam di seluruh dunia.
Jika Word Quest membantu anda memahami makna perkataan demi perkataan, Surah Quest membawa anda selangkah lebih jauh dengan membantu anda memahami makna ayat dalam surah secara lebih menyeluruh. Ini sangat sesuai untuk mereka yang mahu lebih menghayati surah-surah yang biasa dibaca dalam solat, doa harian dan kehidupan seharian.
Bayangkan jika anda bukan sahaja boleh membaca surah-surah pilihan, tetapi juga mula memahami maksudnya.
Bacaan dalam solat akan terasa lebih hidup.
Ayat yang biasa didengar akan mula menyentuh hati.
Doa yang sering dibaca akan terasa lebih bermakna.
Hubungan dengan Al-Quran akan terasa lebih dekat.
Surah Quest membantu pengguna melihat Al-Quran bukan sekadar dari sudut perkataan, tetapi juga dari sudut mesej, makna dan penghayatan surah.
Inilah yang menjadikan pembelajaran lebih lengkap.
Pakej PLUS Dan Pakej PRO: Apa Bezanya?
Untuk anda yang mahu belajar bahasa arab alquran dengan lebih serius, Think Quran menyediakan pilihan pakej seperti Pakej PLUS dan Pakej PRO.
Secara ringkasnya:
- Pakej PLUS sesuai untuk anda yang mahu fokus kepada pembelajaran makna Al-Quran melalui Word Quest. Ia membantu anda memahami perkataan demi perkataan yang sering berulang dalam Al-Quran.
- Manakala Pakej PRO lebih lengkap kerana ia memberi akses kepada pembelajaran yang lebih menyeluruh melalui Word Quest dan Surah Quest.
Maksudnya, dengan Pakej PRO, anda bukan sahaja belajar makna perkataan Al-Quran, tetapi juga boleh memahami makna surah-surah pilihan dengan lebih mendalam.
Jika anda benar-benar mahu membina kefahaman Al-Quran secara lebih tersusun, Pakej PRO adalah pilihan yang lebih berbaloi.
Pakej Mana Yang Sesuai Untuk Anda?
Jika tujuan anda hanya mahu mula mengenal makna perkataan Al-Quran, Pakej PLUS sudah boleh membantu.
Tetapi jika anda benar-benar serius mahu memahami Al-Quran dengan lebih mendalam, Pakej PRO adalah pilihan yang lebih berbaloi.
Ini kerana Pakej PRO bukan sahaja membantu anda belajar perkataan demi perkataan melalui Word Quest, tetapi juga membantu anda memahami makna surah-surah pilihan melalui Surah Quest.
Dengan kata lain, anda mendapat pengalaman pembelajaran yang lebih lengkap.
- Anda belajar makna perkataan.
- Anda ulang kaji perkataan yang sering berulang.
- Anda mula kenal bahasa Al-Quran.
- Kemudian anda melihat bagaimana perkataan itu digunakan dalam surah
- Akhirnya, bacaan Al-Quran mula terasa lebih bermakna.
Inilah kelebihan besar Pakej PRO.
Ia bukan sekadar membantu anda “tahu maksud perkataan”, tetapi membantu anda mula menghayati mesej Al-Quran dengan lebih jelas.
Kesimpulan: Pakej Pro Terbaik Untuk Anda Belajar Bahasa Arab Alquran
Jika anda mahu mula belajar makna perkataan Al-Quran, Word Quest adalah permulaan yang sangat baik.
Tetapi jika anda mahu pembelajaran yang lebih lengkap, lebih mendalam dan lebih berbaloi, pilihlah Pakej PRO Think Quran.
Dengan Pakej PRO, anda mendapat akses kepada:
Word Quest — belajar makna perkataan demi perkataan yang sering berulang dalam Al-Quran.
Surah Quest — memahami makna lengkap surah-surah pilihan yang sering dibaca oleh umat Islam di seluruh dunia.
Gabungan kedua-dua modul ini membantu anda bukan sahaja mengenal perkataan Al-Quran, tetapi juga mula memahami mesej surah dengan lebih jelas.
Jika selama ini anda boleh membaca Al-Quran tetapi belum memahami maknanya, inilah masa terbaik untuk mula.
Jangan tunggu sempurna.
Jangan tunggu lapang.
Jangan tunggu nanti.
Mulakan langkah pertama hari ini.
Ambil Pakej PRO Think Quran sekarang dan jadikan perjalanan memahami Al-Quran lebih mudah, tersusun dan bermakna.
