Kongsikan:

Ada ke cara belajar mengaji sendiri untuk dewasa?

Dalam artikel ini, kita akan melihat cara belajar mengaji sendiri, khususnya untuk orang dewasa yang masih belum lancar membaca Al-Quran

Kongsikan artikel ini semoga ia memberi manfaat pada orang lain yang masih tak lancar mengaji.

Bagaimana Orang Dewasa Nak Belajar Mengaji Sendiri ?

Ramai orang dewasa sebenarnya mahu belajar mengaji, tetapi masih belum berani memulakannya.

Ada yang malu kerana umur sudah meningkat tetapi bacaan Al-Quran masih tersekat-sekat dan ramai juga yang terlalu sibuk untuk menghadiri kelas secara tetap. 

Persoalannya, bolehkah kita belajar mengaji sendiri?

Jawapannya, anda boleh memulakan pembelajaran secara sendiri dengan bantuan teknologi. Namun, belajar sendiri bukan bermaksud kita boleh mengabaikan sebutan, makhraj dan tajwid yang betul. Ia hanyalah alat untuk bermula. 

Salah satu cara yang boleh membantu anda bermula ialah belajar menggunakan aplikasi Think Quran.

Melalui Think Quran, anda bukan sahaja boleh mendengar dan mengikuti sebutan ayat, malah belajar memahami perkataan serta makna ayat Al-Quran secara serentak!

Namun, terdapat satu perkara penting yang perlu difahami ialah aplikasi atau video pembelajaran tidak dapat menggantikan guru sepenuhnya, khususnya apabila melibatkan pembetulan makhraj, tajwid dan kesalahan bacaan yang lebih khusus.

Mengapa Ramai Orang Dewasa Masih Belum Lancar Mengaji?

Tidak semua orang mendapat peluang pembelajaran Al-Quran yang sama sejak kecil.

  1. Ada yang dibesarkan dalam keluarga yang kurang menitikberatkan pembelajaran mengaji.
  2. Ada yang pernah belajar, tetapi berhenti terlalu lama sehingga banyak yang telah dilupakan.

Antara sebab biasa orang dewasa masih bertangguh untuk belajar mengaji Al-Quran ialah:

  1. Malu untuk belajar bersama kanak-kanak.
  2. Tidak mempunyai masa menghadiri kelas tetap.
  3. Jadual kerja dan keluarga yang padat.
  4. Sukar mencari guru yang sesuai.
  5. Takut ditegur apabila melakukan kesalahan.
  6. Tidak tahu bahagian mana yang perlu dimulakan.
  7. Cepat lupa selepas belajar.
  8. Berasa sudah terlambat kerana umur semakin meningkat.

Namun, kelemahan membaca Al-Quran bukan alasan untuk terus menjauhinya.

Belum lancar bukan bermaksud anda tidak boleh berubah. Yang lebih merugikan ialah terus bertangguh tanpa mengambil langkah untuk belajar.

Bolehkah Belajar Mengaji Sendiri Di Rumah?

Anda boleh memulakan pembelajaran mengaji sendiri di rumah, terutamanya untuk membina kebiasaan, mengenal perkataan, mendengar sebutan dan meningkatkan keyakinan.

Oleh itu, kaedah yang lebih baik ialah:

  1. Mulakan pembelajaran secara sendiri di rumah.
  2. Dengar dan ikuti sebutan dengan teliti.
  3. Belajar sedikit tetapi konsisten.
  4. Catat bahagian yang masih sukar.
  5. Dapatkan semakan guru apabila berpeluang.

Think Quran boleh digunakan sebagai salah satu alat untuk membantu anda mendekati Al-Quran mengikut masa sendiri, tanpa rasa malu atau tekanan.

Apa Itu Think Quran?

Think Quran ialah aplikasi pembelajaran yang asalnya direka untuk membantu pengguna mengenali makna bahasa Al-Quran melalui perkataan-perkataan yang kerap berulang.

Pembelajarannya disusun secara mudah, interaktif dan berperingkat. Pengguna akan diperkenalkan kepada perkataan Al-Quran, mendengar sebutannya, mempelajari maksud serta menjawab kuiz untuk menguatkan ingatan.

Think Quran memfokuskan kepada kira-kira 900 perkataan yang kerap digunakan dalam Al-Quran. Dengan mengenali perkataan-perkataan ini, pengguna berpeluang memahami sebahagian besar perkataan yang berulang dalam ayat Al-Quran.

Aplikasi ini sesuai digunakan oleh:

  • Orang dewasa yang masih belum lancar mengaji.
  • Mereka yang boleh membaca tetapi tidak memahami makna.
  • Individu yang sibuk dan sukar menghadiri kelas tetap.
  • Mereka yang cepat lupa selepas belajar.
  • Mualaf yang baru mengenali Al-Quran.
  • Ibu bapa yang mahu belajar bersama anak-anak.
  • Warga emas yang mahu kembali mendekati Al-Quran.

Think Quran bukan sekadar mengajak anda memahami makna Al-Quran. Ia membantu anda menghubungkan bunyi, perkataan dan makna supaya pembelajaran lebih mudah diingati. 

Cara Belajar Mengaji Sendiri Guna Think Quran

Berikut ialah langkah yang boleh anda ikuti untuk memulakan pembelajaran.

1. Tetapkan Niat Untuk Mendekati Al-Quran

Langkah pertama bukan membuka aplikasi, tetapi membetulkan niat. 

Bukan kerana malu belajar berguru atau kerana mahu lancar baca quran. Tetapi, belajarlah kerana anda mahu mendekati Kalam Allah. 

Niat yang betul akan membantu anda terus belajar walaupun kemajuannya perlahan.

Anda tidak perlu menunggu sehingga mempunyai banyak masa. Mulakan dengan masa yang ada sekarang.

2. Belajar Tempoh Yang Pendek Tetapi Konsisten

Kesalahan biasa ketika belajar mengaji sendiri ialah mahu mempelajari terlalu banyak dalam satu masa. Pada hari pertama, seseorang mungkin belajar selama satu jam. Selepas beberapa hari, dia mula berasa penat lalu berhenti terus.

Cara yang lebih praktikal ialah memperuntukkan sekitar 10 hingga 15 minit sehari. Dengan Think Quran, anda cuma perlu habiskan satu sesi pembelajaran dengan menjawab soalan kuiz interaktif. Tidak perlu ambil masa yang lama pun sekitar 15 min sahaja.

Tempoh yang pendek ini lebih mudah dimasukkan ke dalam rutin harian.

Seperti:

  • Selepas solat Subuh.
  • Ketika waktu rehat.
  • Selepas menghantar anak ke sekolah.
  • Selepas solat Maghrib.
  • Sebelum tidur.

Belajar 15 minit setiap hari lebih baik daripada belajar dua jam tetapi hanya dilakukan sekali-sekala.

3. Dengar Sebutan Sebelum Mengikutinya

Apabila mempelajari perkataan atau ayat dalam Think Quran, jangan terus membaca dengan tergesa-gesa.

Dengar dahulu sebutannya. 

Perhatikan bagaimana setiap perkataan disebut. Selepas itu, ulang sebutan tersebut pada diri sendiri beberapa kali.

Gunakan fon telinga sekiranya perlu supaya bunyi lebih jelas.

Kaedah mendengar dan mengulang membantu telinga anda membiasakan diri dengan bunyi bahasa Arab Al-Quran.

Walau bagaimanapun, sekiranya anda masih tidak pasti tentang makhraj sesuatu huruf, dapatkan bantuan guru atau individu yang mahir untuk menyemak bacaan anda.

4. Fokus Pada Beberapa Perkataan Pada Satu Masa

Jangan terlalu mengejar jumlah perkataan yang banyak kerana akan menjadi anda cepat stress bila anda tak dapat mengingati semuanya serentak.

Setiap kali perkataan baru, cuba kenali tiga perkara:

• Bagaimana perkataan itu ditulis.
• Bagaimana perkataan itu disebut.
• Apakah maksudnya.

Dalam aplikasi Think Quran, anda hanya perlu fokus kepada tiga hingga lima perkataan baru pada satu-satu masa.  Perkataan ini akan diulang-ulang dalam bentuk kuiz interaktif.

Apabila perkataan yang sama muncul dalam ayat atau surah lain, anda akan mula mengenalinya.

Inilah antara perkara yang menjadikan pembelajaran lebih menyeronokkan. Anda tidak lagi melihat ayat Al-Quran sebagai tulisan yang langsung tidak difahami.

Sedikit demi sedikit, anda mula dapat menangkap perkataan yang pernah dipelajari.

5. Sebut Dengan Suara, Jangan Hanya Membaca Dalam Hati

Untuk belajar mengaji, anda perlu melatih lidah, bukan sekadar melihat tulisan.
Sebut perkataan yang dipelajari dengan suara yang boleh anda dengar.
Apabila anda menyebutnya dengan suara:
• Lidah mula membiasakan diri dengan sebutan.
• Telinga dapat mendengar bacaan sendiri.
• Anda lebih mudah menyedari kesalahan.
• Perkataan lebih mudah disimpan dalam ingatan.
Belajar dalam hati mungkin membantu mengenali makna, tetapi latihan lisan tetap diperlukan untuk meningkatkan keyakinan membaca.

6. Pantau Tahap Penguasaan Melalui Rekod Data Prestasi

Think Quran mempunyai Rekod Data Prestasi yang membantu anda memantau sendiri perkembangan pembelajaran bahasa Al-Quran. Fungsi ini penting kerana ramai orang berhenti belajar kerana mereka tidak nampak perkembangan sendiri.

Melalui rekod prestasi Think Quran, setiap perkataan yang dipelajari akan dikelaskan mengikut tahap penguasaan,

seperti:
• Baru – perkataan yang baru diperkenalkan.
• Lemah – perkataan yang masih perlu dipraktikkan.
• Bagus – perkataan yang semakin dikuasai.
• Mahir – perkataan yang telah dikuasai dengan baik.

Think Quran merekod tahap penguasaan setiap perkataan secara automatik.

Anda boleh memantau sendiri bilangan perkataan baharu, lemah, bagus dan mahir, serta melihat peratus liputan bahasa Al-Quran yang telah dikuasai. 

Apabila terdapat perkataan yang masih berada dalam kategori Lemah, Think Quran akan melakukan latihan semula sehingga jumlah perkataan lemah dapat dikurangkan. Dengan sistem ini, pembelajaran menjadi lebih terarah dan anda juga lebih bersemangat untuk mencapai matlamat anda mengusai bahasa Al Quran.

Dengan kata lain, Think Quran bukan sahaja menyediakan pelajaran, tetapi turut membantu anda mengetahui sejauh mana pelajaran tersebut benar-benar telah dikuasai.

Kesalahan Yang Perlu Dielakkan Ketika Belajar Mengaji Sendiri

1. Mahu Terus Lancar Dalam Masa Singkat

Belajar membaca Al-Quran memerlukan latihan.
Jangan kecewa jika masih tersekat-sekat selepas beberapa hari.

2. Belajar Hanya Apabila Bersemangat

Semangat akan berubah-ubah. Jadikan pembelajaran sebagai rutin, bukan aktiviti yang hanya dilakukan apabila rajin.

3. Malas Untuk Mengulangi Sebutan

Anda perlu berulang-ulang kali menyebut dengan mengeluarkan suara sendiri setiap perkataan Al Quran yang dipaparkan ketika sesi pembelajaran. 

Walaupun tiada sesiapa memantau, jangan abaikan pengulangan sebutan ini. Ia penting untuk  melatih mata untuk mengenali bentuk perkataan, lidah untuk melancarkan sebutan dan telinga untuk ingat bunyi perkataan

4. Tidak Mengulang Pelajaran

Tanpa pengulangan, perkataan yang dipelajari mudah dilupakan.

5. Menganggap Aplikasi Boleh Menggantikan Guru Sepenuhnya

Aplikasi sangat membantu untuk pembelajaran kendiri, tetapi semakan guru tetap penting bagi memperbetulkan makhraj dan tajwid.

6. Membandingkan Kemajuan Dengan Orang Lain

Ada orang belajar dengan cepat. Ada yang memerlukan lebih banyak pengulangan.
Fokus kepada perkembangan diri sendiri.

Kelebihan Belajar Mengaji Sendiri Guna Think Quran

1.Boleh Belajar Mengikut Masa Sendiri

Anda tidak perlu menunggu jadual kelas tertentu. Pembelajaran boleh dilakukan ketika mempunyai masa lapang.
Lebih Privasi
Bagi orang dewasa yang masih malu atau kurang yakin, belajar melalui aplikasi boleh menjadi langkah pertama sebelum menyertai kelas.

2. Belajar Secara Berperingkat

Pelajaran dipecahkan kepada bahagian yang lebih kecil supaya tidak terasa terlalu berat.

4. Ada Audio Untuk Diikuti

Anda boleh mendengar sebutan dan mengulanginya beberapa kali.

5.Membantu Mengenali Makna

Anda bukan sekadar mengikut bunyi, tetapi turut mempelajari maksud perkataan.

6.Menggunakan Latihan Dan Kuiz

Kuiz membantu menguji serta mengukuhkan ingatan.

7. Sesuai Untuk Pembelajaran Konsisten 

Tempoh pembelajaran yang pendek memudahkan anda membina rutin harian

Mulakan Pembelajaran Al-Quran Bersama Think Quran

Think Quran membantu anda belajar mengikut masa sendiri melalui kaedah yang mudah dan interaktif.

Anda boleh:

  1. Mendengar dan mengikuti sebutan.
  2. Mengenali perkataan Al-Quran.
  3. Memahami makna perkataan.
  4. Menguatkan ingatan melalui kuiz.
  5. Belajar secara berperingkat.
  6. Membina rutin pembelajaran sekitar 15 minit sehari.

Jangan biarkan kesibukan, umur atau rasa malu terus menjauhkan anda daripada Al-Quran.

Belum lancar tidak mengapa. Yang penting, mula dekati Al-Quran.
Mulakan langkah anda bersama Think Quran hari ini. Baca dengan lebih yakin, kenali maknanya dan fahami apa yang Allah sedang sampaikan.

Kongsikan:

Similar Posts