Think Quran Review
Kongsikan:

Ramai orang Islam boleh membaca Al-Quran, tetapi masih tidak memahami makna ayat yang dibaca. Hanya mengharap kepada quran terjemahan sahaja.

Apabila membaca terjemahan pula, kita mungkin memahami maksud keseluruhan ayat pada waktu itu. Namun, apabila perkataan Arab yang sama muncul dalam ayat lain, kita masih tidak dapat mengenalinya. Ini antara sebab kenapa  ramai yang hanya fokus pada membaca sahaja tanpa mengetahui makna Al Quran.

Ada juga yang masih tak pandai membaca Al-Quran. Disebabkan terlalu memikirkan banyak perkara yang perlu belajar dan ditambah rasa malu kerana masih tak lancar, mereka terus teragak-agak untuk  mula belajar memahami makna Al Quran.

Di sinilah aplikasi Think Quran cuba menawarkan pendekatan yang berbeza.

Aplikasi ini membantu kita mengenal perkataan Arab, sebutan yang betul dan memahami makna perkataan Al-Quran serentak . Ia memfokuskan pada perkataan yang kerap berulang yang mana menjadikan pembelajaran mudah dan pengguna dapat melihat hasilnya cepat. 

Dalam artikel Think Quran Review ini, kita akan melihat secara jujur:

  • Apakah sebenarnya Think Quran?
  • Bagaimanakah kaedah pembelajarannya?
  • Adakah ia sesuai untuk orang yang tiada asas bahasa Arab?
  • Bolehkah orang yang belum lancar mengaji menggunakannya?
  • Apakah kelebihan dan kekurangannya?
  • Adakah pakej Think Quran berbaloi untuk dibeli?

Apakah Think Quran?

Think Quran ialah aplikasi pembelajaran bahasa Arab Al-Quran yang direka untuk membantu pengguna bukan penutur bahasa Arab mengenal dan memahami perkataan yang digunakan dalam Al-Quran.

Konsep utamanya mudah: Al-Quran mengandungi banyak perkataan yang berulang.

Daripada mempelajari ribuan perkataan secara rawak, Think Quran memberi tumpuan kepada perkataan yang paling kerap muncul. Dengan pembelajaran sekitar 900 perkataan teras boleh membantu pengguna mengenal perkataan yang membentuk kira-kira 80% kandungan perkataan Al-Quran.

Aplikasi ini menggunakan pelajaran ringkas, latihan mengingat kembali, pengulangan dan rekod prestasi. Pengguna boleh belajar mengikut kemampuan sendiri tanpa memerlukan asas bahasa Arab terlebih dahulu.

Modul Pembelajaran Think Quran

Secara umumnya, perjalanan pembelajaran Think Quran dibahagikan kepada dua modul utama:

1. Modul Word Quest (Peringkat Permulaan)

Word Quest membantu pengguna membina asas kosa kata Al-Quran. 

Anda akan belajar mengenal 1000 perkataan Arab, mendengar sebutannya, memilih maksud yang betul dan mengulang perkataan tersebut melalui beberapa bentuk latihan.

Tujuannya adalah supaya anda tidak hanya melihat terjemahan, tetapi mula mengenal sendiri maksud perkataan yang berulang ketika membaca atau mendengar Al-Quran.

2. Modul Surah Quest (Peringkat Lanjutan)

Selepas menguasai 1000 perkataan asas, anda boleh meneruskan pembelajaran dengan modul Surah Quest.

Di peringkat ini anda akan belajar membaca serta memahami makna Al-Quran berdasarkan surah-surah yang paling kerap dibaca oleh umat Islam seperti:

  1. Surah Al-Fatihah
  2. Surah Yasin
  3. Surah Al-Mulk
  4. Surah Al-Waqiah
  5. Surah Al-Kahfi
  6. Surah Ar-Rahman
  7. Surah As-Sajdah

…dan banyak lagi sehingga 45 surah .

Surah Quest membantu pengguna belajar berdasarkan surah tertentu secara perkataan demi perkataan. Pendekatan ini menghubungkan kosa kata yang telah dipelajari dengan ayat sebenar dalam Al-Quran.

Ringkasnya:

  • Word Quest membina kosa kata.
  • Surah Quest membantu menggunakan kosa kata itu ketika memahami surah.
Belajar Bahasa Arab AlQuran

Think Quran Review: Bagaimanakah Cara Aplikasi Ini Mengajar?

Salah satu masalah apabila belajar bahasa Arab Al-Quran ialah kita mudah lupa. Hari ini kita belajar maksud sesuatu perkataan. Esok kita mungkin sudah tidak ingat.

Think Quran cuba mengatasi masalah ini melalui pembelajaran aktif.

1. Belajar dalam bahagian kecil

Anda tidak diberikan terlalu banyak perkataan dalam satu masa.

Pelajaran dipecahkan kepada bahagian yang lebih pendek supaya pengguna tidak cepat penat atau berasa terbeban. Sesi pembelajaran ringkas sekitar 15 minit sehari sahaja. Walaupunbegitu pengguna masih boleh menyesuaikan tempohnya mengikut kemampuan.

Ini sesuai untuk orang dewasa yang sibuk bekerja, menguruskan keluarga atau tidak mampu menghadiri kelas pada waktu tertentu.

2. Cuba mengingat sebelum jawapan diberikan

Dalam pembelajaran pasif, kita hanya membaca perkataan dan maksudnya berulang kali.

Think Quran menggunakan pendekatan yang lebih aktif. Pengguna perlu melihat atau mendengar sesuatu perkataan, kemudian cuba mengeluarkan semula jawapan daripada ingatan.

Proses ini dipanggil teknik ingat kembali atau active recall.

Aplikasi ini menggunakan pelajaran ringkas, fokus dan teknik ingat kembali untuk membantu pengguna menguasai perkataan Al-Quran yang kerap berulang.

3. Perkataan diulang melalui latihan

Sesuatu perkataan tidak hanya ditunjukkan sekali.

Pengguna akan bertemu semula dengan perkataan yang sama melalui latihan berbeza. Pengulangan ini membantu menguatkan ingatan, khususnya terhadap perkataan yang masih belum dikuasai.

4. Belajar dengan audio

Audio membantu pengguna menghubungkan tulisan Arab dengan bunyinya.

Ciri ini berguna untuk orang yang boleh membaca tetapi masih perlahan, kurang yakin dengan sebutan atau lebih mudah belajar melalui pendengaran.

Beberapa ulasan pengguna di App Store turut menyebut bahawa audio dan sistem fonik dalam aplikasi membantu mereka mengikuti sebutan serta mengenal perkataan ketika mendengar bacaan Al-Quran.

Namun begitu, audio aplikasi tidak sepatutnya dianggap sebagai pengganti mutlak kepada guru Al-Quran, terutamanya untuk membetulkan makhraj dan hukum tajwid.

5. Rekod prestasi pembelajaran

Think Quran menyediakan rekod yang membolehkan pengguna melihat tahap penguasaan perkataan.

Anda boleh mengetahui perkataan yang sudah dikuasai dan bahagian yang masih memerlukan latihan. Laman rasmi aplikasi turut menyatakan bahawa tahap penguasaan kalimah boleh dilihat secara visual.

Ini lebih praktikal berbanding mencatat semua perkataan sukar secara manual.

think quran

Lihat Demo Think Quran Apps

Adakah Think Quran Sesuai untuk Newbie?

Ya, Think Quran memang direka untuk pengguna yang tidak mempunyai asas bahasa Arab. Sesuai untuk pemula dan pengguna bukan penutur bahasa Arab.

Dengan Think Quran pembelajaran dilakukan secara berperingkat tanpa tekanan untuk mengejar pengguna lain. Anda boleh belajar kenal bentuk, kenal bunyi dan makna perkataan tersebut serentak.

Think Quran sesuai untuk anda sekiranya:

  • Anda boleh membaca Al-Quran tetapi tidak memahami maknanya.
  • Anda masih tidak lancar membaca Al Quran 
  • Anda langsung tidak kenal huruf hijaiyah atau perkataan Al Quran 
  • Anda mahu memahami perkataan yang dibaca dalam solat.
  • Anda tidak mempunyai asas bahasa Arab.
  • Anda sukar menghafal senarai kosa kata secara manual.
  • Anda hanya mempunyai masa belajar yang pendek.
  • Anda lebih selesa belajar sendiri terlebih dahulu.
  • Anda mahu belajar mengikut masa dan kemampuan sendiri.

Aplikasi ini juga sesuai untuk orang yang pernah belajar bahasa Arab semasa di sekolah, tetapi sudah banyak terlupa.

Anda tidak semestinya perlu bermula dengan tatabahasa yang rumit. Anda boleh bermula dengan mengenal perkataan yang paling kerap ditemui dahulu.

Think Quran Bantu Anda Cepat Ingat Perkataan Al Quran

Think Quran - belajar mengaji Al-Quran

Bolehkah Orang yang Belum Lancar Baca Al Quran Menggunakan Think Quran?

Ini antara soalan yang paling penting dalam Think Quran Review ini.

Jawapannya: boleh, tetapi anda perlu memahami fungsi sebenar aplikasi ini.

Think Quran boleh membantu pengguna:

  • Mendengar sebutan perkataan dan ayat.
  • Mengenal tulisan Arab.
  • Menghubungkan perkataan dengan bunyi.
  • Mengenal maksud perkataan.
  • Membina keyakinan untuk mendekati Al-Quran.
  • Belajar sebutan dan makna secara serentak dalam modul yang disediakan.

Namun, sekiranya anda langsung belum mengenali huruf hijaiyah atau masih banyak melakukan kesalahan makhraj dan tajwid, anda tetap digalakkan belajar dengan guru atau menyemak bacaan dengan orang yang lebih arif

Think Quran boleh dijadikan sebagai alat pembelajaran tambahan.

Jadi, anda tidak perlu menunggu sehingga pandai mengaji sepenuhnya sebelum mula belajar makna.

Belum lancar tidak mengapa. Yang penting, mula mendekati Al-Quran.

Cuma jangan abaikan usaha membetulkan bacaan kerana membaca dengan sebutan yang tepat tetap penting.

Think Quran Bantu Anda Cepat Hafal Makna Ayat Al Quran

Kelebihan Think Quran untuk Belajar Faham Makna Al-Quran

1. Fokus kepada perkataan yang benar-benar digunakan dalam Al-Quran

Think Quran tidak mengajar kosa kata Arab secara rawak.

Aplikasi ini memberi tumpuan kepada perkataan yang kerap berulang dalam Al-Quran. Oleh itu, pengguna berpeluang menemui semula perkataan yang telah dipelajari ketika membaca surah lain.

2. Tidak memerlukan asas bahasa Arab

Ramai orang mahu memahami Al-Quran tetapi berasa takut apabila mendengar istilah seperti nahu, saraf dan tatabahasa Arab.

Think Quran membolehkan pengguna bermula dengan kosa kata asas terlebih dahulu. Pembelajaran disusun untuk bukan penutur bahasa Arab dan dilakukan langkah demi langkah.

3. Tempoh belajar yang pendek

Tidak semua orang mampu belajar selama satu atau dua jam setiap hari.

Dengan Think Quran, anda boleh menggunakan masa selepas solat, sebelum tidur atau ketika berehat untuk menyelesaikan satu sesi pendek.

Belajar selama 10 hingga 15 minit secara konsisten selalunya lebih realistik berbanding belajar dua jam tetapi hanya sekali dalam sebulan.

4. Pembelajaran lebih aktif

Membaca terjemahan sahaja ialah aktiviti yang agak pasif.

Dalam Think Quran, pengguna perlu menjawab, memilih, mendengar dan mengingati semula perkataan. Ini menjadikan pengguna lebih terlibat dalam proses pembelajaran.

5. Ada rekod kemajuan

Rekod prestasi membantu pengguna melihat perkembangan sendiri.

Walaupun perubahan masih kecil, melihat bilangan perkataan yang telah dikuasai boleh meningkatkan semangat untuk meneruskan pembelajaran.

6. Boleh belajar mengikut masa sendiri

Tiada jadual kelas yang perlu diikuti.

Anda boleh belajar pada waktu pagi, tengah malam atau ketika mempunyai masa lapang. Ciri pembelajaran kendiri ini merupakan antara manfaat utama yang ditonjolkan oleh laman rasmi Think Quran.

7. Membantu memahami bacaan dalam solat

Apabila mula mengenal perkataan yang terdapat dalam Al-Fatihah, ayat lazim atau surah pendek, kita tidak lagi hanya melafazkan bunyi. Kita mula memahami sebahagian daripada apa yang sedang dibaca.

Beberapa pengguna App Store turut melaporkan bahawa susunan modul membantu mereka mengenal perkataan yang sering dibaca dalam solat dan ketika mendengar bacaan imam.

Memahami makna bukan jaminan seseorang terus mencapai khusyuk. Namun, ia boleh membantu fikiran lebih tertumpu kepada bacaan yang dilafazkan.

8. Menghubungkan kosa kata dengan surah

Belajar perkataan secara berasingan sahaja mungkin terasa kering.

Melalui Surah Quest, pengguna boleh melihat bagaimana perkataan tersebut digunakan dalam ayat dan surah tertentu. Ini menjadikan pembelajaran lebih dekat dengan tujuan sebenar, iaitu memahami Al-Quran.

Kekurangan dan Batasan Think Quran

Review yang jujur tidak sepatutnya hanya menyenaraikan kelebihan.

Think Quran mempunyai beberapa batasan yang perlu difahami sebelum anda membuat keputusan.

1. Mengenal 900 perkataan tidak bermaksud memahami 80% tafsir Al-Quran

Ini perkara paling penting.

Kenyataan “900 perkataan membantu memahami 80% Al-Quran” merujuk kepada kekerapan perkataan yang berulang.

Ia tidak bermaksud selepas menguasai 900 perkataan, anda terus memahami keseluruhan maksud, konteks, hukum, sebab penurunan ayat dan tafsir Al-Quran. Satu perkataan boleh membawa makna yang berbeza bergantung pada struktur ayat dan konteksnya.

Oleh itu, Think Quran lebih tepat dilihat sebagai pembinaan asas kosa kata Al-Quran dan bukan pengganti kepada kitab tafsir, kelas tadabbur atau pengajian bahasa Arab yang lengkap.

2. Ia tetap memerlukan konsistensi

Aplikasi yang baik tidak akan memberikan hasil sekiranya hanya dibuka sekali-sekala. Anda masih perlu meluangkan masa untuk belajar, menjawab latihan dan mengulang perkataan yang belum dikuasai.

Masalah utama biasanya bukan aplikasi terlalu susah. Masalahnya ialah kita berhenti selepas beberapa hari.

3. Tidak menggantikan guru tajwid

Audio boleh membantu kita mendengar dan mengikuti sebutan. Namun, aplikasi tidak semestinya dapat mengenal pasti semua kesalahan makhraj, dengung, panjang pendek dan hukum tajwid kita.

Untuk bacaan yang lebih tepat, gabungkan penggunaan aplikasi dengan bimbingan guru.

4. Bukan kursus bahasa Arab yang menyeluruh

Think Quran memfokuskan pemahaman bahasa Al-Quran, khususnya melalui kosa kata yang kerap digunakan.

Sekiranya matlamat anda adalah untuk menguasai perbualan Arab, menulis esei atau mendalami nahu dan saraf pada peringkat tinggi, anda memerlukan pembelajaran tambahan.

5. Kemajuan setiap orang berbeza

Ada pengguna yang cepat mengenal perkataan. Ada pula yang memerlukan lebih banyak pengulangan.

Umur, tahap bacaan, kemampuan mengingat dan konsistensi akan mempengaruhi hasil. Jangan bandingkan kemajuan anda dengan orang lain.

Benarkah Boleh Faham 80% Al-Quran dengan 900 Perkataan?

Think Quran menjelaskan bahawa Al-Quran mengandungi banyak kalimah berulang. Dengan memberi tumpuan kepada sekitar 900 perkataan teras, pengguna boleh membina pengenalan terhadap sebahagian besar perkataan yang kerap ditemui.

Namun, kita perlu membezakan tiga tahap berikut:

Tahap pertama: Mengenal perkataan

Anda melihat sesuatu perkataan dan boleh mengingati maksud asasnya.

Tahap kedua: Memahami maksud ayat

Anda menggabungkan beberapa perkataan serta memahami maksud ayat secara umum.

Tahap ketiga: Memahami konteks dan tafsir

Anda memahami sebab penurunan ayat, hubungan antara ayat, hukum, konteks sejarah dan penjelasan ulama.

Think Quran sangat membantu pada tahap pertama dan boleh membawa pengguna menuju tahap kedua.

Untuk tahap ketiga, anda masih memerlukan rujukan tafsir dan bimbingan guru yang berkelayakan.

Penjelasan seperti ini penting supaya pengguna tidak meletakkan harapan yang salah terhadap aplikasi.

Perbezaan Think Quran dengan Membaca Terjemahan Biasa

Membaca terjemahan Al-Quran tetap penting.

Namun, terjemahan dan Think Quran menjalankan fungsi yang berbeza.

Apabila membaca terjemahan

Anda membaca maksud keseluruhan ayat dalam Bahasa Melayu. Anda mungkin memahami ayat tersebut pada waktu itu, tetapi tidak semestinya mengenal maksud setiap perkataan Arab.

Apabila belajar dengan Think Quran

Anda dilatih mengenal maksud perkataan Arab itu sendiri. Apabila perkataan tersebut muncul dalam ayat lain, anda berpeluang mengenalinya tanpa perlu terus melihat terjemahan.

Contohnya, apabila anda sudah mengenal maksud perkataan seperti:

  • Rabb
  • Rahmah
  • Yaum
  • Kitab
  • ‘Ilm
  • Sabr
  • Rizq

Anda akan mula menyedari bahawa perkataan tersebut muncul dalam pelbagai surah dan ayat.

Think Quran tidak menggantikan terjemahan. Sebaliknya, ia membantu merapatkan jurang antara teks Arab dengan terjemahan yang selama ini kita baca secara berasingan.

Langkah Untuk Belajar Dengan Think Quran

Dapatkan Akses Penuh
Think Quran

Gunakan Diskaun Code 

ADJEMZ

Untuk mendapatkan harga istimewa

Level 1 = Word Quest

think quran apps

Peringkat Permulaan

Fokus hanya pada 1000 perkataan demi perkataan yang kerap diulang dalam Al-Quran

Level 2 = Surah Quest

think quran apps
 

Peringkat Lanjutan

Fokus pada perkataan dan makna ayat dalam 45 Surah-Surah Pilihan yang sering dibaca oleh umat Islam di seluruh dunia.

Modul Apa Yang Sesuai Dengan Saya

Pilihan pakej bergantung pada matlamat pembelajaran anda.

Pilih Modul Word Quest Sahaja sekiranya:

  • Anda mahu bermula dengan asas kosa kata dahulu
  • Masih tak cukup bajet untuk pakej penuh
  • Anda boleh tambah modul Surah Quest secara berasingan melalui pembelian di dalam aplikasi. (Tiada diskaun tambahan)

Terus Pilih Pakej Pro sekiranya:

  • Anda mahu pengalaman pembelajaran yang lebih lengkap.
  • Anda mahu menggunakan Word Quest dan Surah Quest.
  • Anda mahu memahami surah secara perkataan demi perkataan.
  • Anda mahu menghubungkan perkataan dengan bacaan dalam solat.
  • Anda memang serius mahu belajar dalam jangka panjang.
  • Diskaun istimewa sekiranya anda mengambil pakej ini .

 Kedua-duanya ditawarkan sebagai pembelian sekali bayar dengan akses sepanjang hayat .

Sekiranya anda mahu meneruskan perjalanan daripada mengenal perkataan kepada memahami surah, pakej Pro lebih lengkap dan lebih praktikal untuk jangka panjang. Anda juga terus akan mendapat harga diskaun istimewa berbanding membeli secara berasingan atau melalui aplikasi.

Penting: Harga dan promosi boleh berubah. Semak harga terkini sebelum membuat pembelian.

Belajar Bahasa Arab AlQuran

Gunakan Diskaun Code = ADJEMZ  untuk mendapatkan harga istimewa

Cara Menggunakan Think Quran Supaya Tidak Berhenti Separuh Jalan

Membeli aplikasi tidak semestinya membuatkan kita terus konsisten.

Gunakan langkah berikut supaya pembelajaran lebih mudah diteruskan.

1. Tetapkan masa yang sama setiap hari

Pilih waktu yang mudah diingati, contohnya:

  • Selepas Subuh.
  • Selepas Maghrib.
  • Selepas Isyak.
  • Sebelum tidur.
  • Ketika berehat tengah hari.

Jangan hanya belajar apabila “ada mood”.

2. Mulakan dengan 10 hingga 15 minit

Jangan terlalu ghairah sehingga belajar satu jam pada hari pertama, kemudian berhenti seminggu.

Mulakan dengan tempoh pendek yang anda mampu lakukan setiap hari.

3. Sebut perkataan dengan suara

Jangan hanya melihat skrin.

Dengar audio, ikut sebutan dan sebut maksud perkataan tersebut. Ini membantu menghubungkan penglihatan, pendengaran dan percakapan.

4. Cari perkataan ketika membaca Al-Quran

Selepas belajar, buka mushaf atau surah yang biasa dibaca.

Cuba kesan perkataan yang telah dipelajari. Apabila anda berjaya mengenal perkataan tersebut dalam ayat sebenar, pembelajaran akan terasa lebih bermakna.

5. Jangan terlalu mengejar tahap

Ingat! Tujuan anda belajar bukan semata-mata untuk cepat menamatkan semua level. Tetapi, tujuan utama adalah supaya perkataan itu benar-benar melekat dalam ingatan.

Lebih baik menguasai 20 perkataan daripada melalui 100 perkataan tetapi semuanya terlupa.

6. Gunakan rekod prestasi

Semak bahagian yang masih lemah dan ulang perkataan tersebut. Anda tidak perlu lagi meneka-neka topik yang perlu diulang kerana rekod pembelajaran membantu menunjukkan kemajuan anda.

7. Gabungkan dengan guru dan tafsir

Gunakan Think Quran untuk kosa kata dan latihan harian. Gunakan guru untuk membetulkan bacaan. Gunakan tafsir untuk memahami konteks dan pengajaran ayat.

Gabungan ini lebih seimbang berbanding bergantung kepada satu sumber sahaja.

Siapa yang Mungkin Kurang Sesuai Menggunakan Think Quran?

Think Quran mungkin kurang sesuai sekiranya:

  • Anda mencari kelas tajwid secara langsung bersama guru.
  • Anda mahu belajar tatabahasa Arab secara mendalam.
  • Anda hanya mahu membaca tafsir panjang.
  • Anda tidak suka belajar melalui telefon atau aplikasi.
  • Anda tidak bersedia meluangkan masa untuk latihan konsisten.
  • Anda mengharapkan kefahaman penuh tanpa perlu berusaha.

Aplikasi hanyalah alat.

Keberkesanannya bergantung kepada cara kita menggunakannya.

Keputusan Think Quran Review: Adakah Ia Berbaloi?

Secara keseluruhannya, Think Quran berbaloi untuk newbie yang mahu mula memahami bahasa Al-Quran secara tersusun, ringkas dan tidak terlalu membebankan.

Kekuatan utamanya ialah:

  • Fokus kepada perkataan Al-Quran yang kerap berulang.
  • Sesuai untuk pengguna tanpa asas bahasa Arab.
  • Pelajaran pendek dan mudah dimasukkan dalam rutin harian.
  • Menggunakan latihan aktif, bukan sekadar membaca.
  • Menyediakan audio dan rekod prestasi.
  • Membolehkan pengguna belajar mengikut masa sendiri.
  • Menghubungkan kosa kata dengan surah melalui Surah Quest.

Namun, Think Quran bukan jalan pintas untuk memahami keseluruhan Al-Quran.

Ia tidak menggantikan guru tajwid, kitab tafsir atau pengajian bahasa Arab yang lebih mendalam.

Anggap Think Quran sebagai pintu masuk.

Aplikasi ini membantu anda bergerak daripada keadaan:

“Saya hanya membaca bunyinya.”

kepada:

“Saya mula mengenal perkataan yang sedang saya baca.”

Perubahan itu mungkin kelihatan kecil. Namun, ia boleh menjadi permulaan kepada hubungan yang lebih dekat dengan Al-Quran.

Sekiranya anda selalu berasa susah untuk memahami Al-Quran kerana tiada asas bahasa Arab, Think Quran boleh menjadi langkah pertama yang lebih mudah.

Belum lancar tidak mengapa, yang penting mula dekati Al-Quran.

Tak pandai mengaji bukan pengakhiran. Asalkan, jangan berhenti mendekati Al-Quran.

Soalan Lazim Tentang Think Quran

Adakah Think Quran sesuai untuk orang yang langsung tiada asas bahasa Arab?

Ya. Think Quran direka untuk bukan penutur bahasa Arab dan pengguna boleh belajar secara langkah demi langkah.

Adakah saya perlu pandai mengaji sebelum menggunakan Think Quran?

Tidak semestinya. Pengguna yang masih perlahan membaca boleh menggunakan audio dan latihan dalam aplikasi sebagai bantuan. Namun, teruskan juga pembelajaran bersama guru untuk membetulkan bacaan dan tajwid.

Adakah Think Quran mengajar tajwid?

Fokus utama Think Quran ialah bahasa dan makna perkataan Al-Quran. Ia bukan pengganti kepada kelas tajwid yang dikendalikan oleh guru.

Adakah saya perlu menghafal 900 perkataan sekaligus?

Tidak. Perkataan dipelajari secara berperingkat melalui pelajaran pendek, latihan mengingat kembali dan pengulangan.

Berapa lama perlu belajar setiap hari?

Sekitar 10 hingga 15 minit sehari sudah memadai sebagai permulaan. Perkara paling penting ialah konsistensi, bukannya belajar terlalu lama dalam satu sesi. Think Quran sendiri mempromosikan pendekatan pembelajaran ringkas yang boleh dilakukan mengikut kemampuan pengguna.

Adakah memahami 900 perkataann bermaksud saya terus memahami seluruh Al-Quran?

Tidak.  Anda masih memerlukan tambahan Surah Quest untuk pembelajaran yang lebih lengkap untuk memahami maksud perkataan dalam konteks ayat dalam surah-surah pilihan dengan lebih tepat.

Apakah perbezaan Word Quest dengan Surah Quest?

Word Quest membantu membina asas kosa kata Al-Quran. Surah Quest pula membantu pengguna mempelajari perkataan dan makna berdasarkan surah tertentu.

Kenapa Pakej Pro yang lebih berbaloi?

Pakej Pro lebih sesuai untuk pengguna yang mahu pengalaman lengkap. Dengan memilih pakej pro anda akan mendapat diskaun pakej istimewa. Anda tidak akan mendapat harga istimewa ini sekiranya anda membuat pembelian dalam aplikasi

Adakah Think Quran boleh digunakan oleh orang dewasa yang sibuk?

Ya. Pembelajarannya ringkas dan boleh dilakukan pada bila-bila masa tanpa perlu mengikuti jadual kelas tertentu.

Adakah Think Quran menggantikan mushaf dan terjemahan?

Tidak. Think Quran ialah alat pembelajaran tambahan. Anda masih digalakkan membaca mushaf, terjemahan dan tafsir serta mendapatkan bimbingan guru.

Mulakan Perjalanan Memahami Al-Quran

Kita mungkin sudah bertahun-tahun membaca surah yang sama. Namun, berapa banyak perkataan yang benar-benar kita fahami?

Jangan tunggu sehingga mempunyai banyak masa, sudah mahir bahasa Arab atau sudah lancar sepenuhnya baru mahu bermula.

Mulakan dengan beberapa perkataan.

Belajar sedikit demi sedikit.

Luangkan 10 hingga 15 minit sehari untuk mengenal bahasa kitab yang selama ini kita baca.

Lihat pakej Think Quran dan pilih pelan pembelajaran yang sesuai dengan matlamat anda.

Untuk perjalanan yang lebih lengkap daripada mengenal perkataan kepada memahami surah, Think Quran Pro merupakan pilihan yang paling terbaik

Think Quran

Jangan Bertangguh Lagi
Mulakan Langkah Hari Ini

Gunakan Diskaun Code = ADJEMZ  untuk mendapatkan harga istimewa

Kongsikan:

Similar Posts